Romelu Lukaku

LONDON – Romelu Lukaku kini berdepan penggantungan dan akan terlepas perlawanan ‘derby’ Manchester pada bulan depan sekiranya didapati bersalah menendang Gaetan Bong.

Persekutuan Bola Sepak (FA) boleh mengambil keputusan itu kerana terdapat bukti jelas daripada rakaman video menunjukkan penyerang Manchester United itu menendang pemain pertahanan Brighton tersebut sebanyak dua kali di pangkal paha.

Metro.UK melaporkan, pengadil Neil Swarbrick tidak menyedari insiden itu namun FA telah campur tangan, sekali gus membuatkan Lukaku berisiko untuk tidak ke Arsenal dan Old Trafford dalam perlawanan menentang Manchester City.

FA akan mengkaji semula nota Swarbrick dan menonton rakaman awal insiden itu.

Lebih banyak video akan disemak sebelum menentukan sama ada tindakan perlu diambil terhadap penyerang kelahiran Belgium itu.

Pada perlawanan di Old Trafford itu, United menang tipis 1- 0 ke atas pasukan pelawat. – MalaysiaGazette