Danny Rose

LONDON – Pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Danny Rose diketepikan lagi daripada skuad penuh pemain Tottenham Hotspur untuk perlawanan menentang West Brom, kelmarin.

Ini menyaksikan pemain bek kiri itu tidak disenaraikan buat kali kedua berturut-turut selepas diketepikan menentang Arsenal minggu lalu walaupun dia telah cergas daripada kecederaan.

Rose hanya bermain dalam dua perlawanan untuk Spurs sejak membuat kepulangan yang ditunggu-tunggu berikutan selepas sembilan bulan tersisih akibat kecederaan lutut serius.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino mengesahkan Rose tidak mengalami kecederaan apabila ditanya mengenai ketidaksenaraian Rose dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Wembley.

“Sama seperti pemain lain, ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya tentang keputusan itu.

Minggu lalu, United dikatakan bersedia membayar £40 juta kepada Supurs untuk mendapat Rose pada perpindahan Januari ini.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, Luke Shaw hampir pasti akan meninggalkan United dan kemungkinan secara pinjaman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast