Home Ekonomi Pengambilan pekerja atas talian melonjak

Pengambilan pekerja atas talian melonjak

KUALA LUMPUR – Aktiviti pengambilan pekerjaan atas talian di Malaysia menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.0 peratus pada bulan Oktober 2017.

Monster Employment Index (MEI) berkata, sektor teknologi maklumat, telekom, penyedia perkhidmatan Internet dan pemprosesan perniagaan dan perkhidmatan pemboleh teknologi maklumat menyaksikan peningkatan 41 peratus tahun ke tahun.

Ia sekali gus melonjakkan permintaan bagi pekerjaan perisian, perkakasan dan profesional telekom, yang menyaksikan pertumbuhan 60 perats tahun ke tahun pada bulan yang sama.

Pasaran pekerjaan dalam sektor runcit pula menyusut sebanyak 37 peratus.

Katanya, permintaan bagi profesional juga menurun dengan perkhidmatan pelanggan menyaksikan prestasi buruk dengan kejatuhan 37 peratus tahun ke tahun.

“”Organisasi di Malaysia sudah menerima pendigitalan – firma-firma berada pada pelbagai peringkat penerapan teknologi baru. Dengan inovasi baru diambil lebih cepat, firma perlu bertindak balas dengan lebih pantas untuk merebut peluang tersebut dan menggunakan bakat dengan kemahiran yang betul untuk memacu pertumbuhan digital,” kata Sanjay Modi, Pengarah Urusan, Monster.com – Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Menurut beliau, Kerajaan Malaysia mendedahkan tumpuan berterusan terhadap ekonomi digital, yang diramal akan menyumbang sebanyak 18.2 peratus daripada KDNK negara menjelang 2020.

“Oleh itu, tidak hairanlah sektor pekerjaan ini akan terus menunjukkan permintaan kukuh,” katanya. – MalaysiaGazette