Penduduk yang masih menetap di kawasan Gunung Agung yang sedang meletus memakai topeng kerana debu. foto Agensi

BALI – Pihak berkuasa Indonesia terpaksa mengusir penduduk yang enggan meninggalkan kediaman masing-masing meskipun Gunung Agung sudah meletus.

Lebih 10,000 penduduk masih berada berhampiran gunung berkenaan walaupun amaran tertinggi telah dikeluarkan.

Kebanyakan mereka masih berasa selamat dan ada yang enggan meninggalkan ternakan mereka.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) berkata, pihaknya sedang memeriksaan zon pengecualian untuk bukan mangsa.

“Ada kakitangan sedang melakukan pengusiran jika penduduk perlu dipindahkan secara paksa,” kata Sutopo Purwo Nugroho.

Penutupan lapangan terbang pulau itu diperluaskan untuk hari kedua, menyebabkan beribu-ribu terkandas di kawasan utama pelancongan.

Sejumlah 100,000 orang masih tinggal di kawasan itu yang berpotensi terjejas oleh aliran batuan terbakar yang dilihat mengalir dari gunung berkenaan.

Semalam hanya 40,000 orang yang telah meninggalkan kawasan berhampiran.

Gegaran gunung berapi Gunung Agung pertama kali bermula pada bulan September.

Sejak minggu lalu gas danĀ asap hitam telah menyelubungi udara sehingga 3,400 meter di atas puncak gunung itu.

BNPB menaikkan amaran ke tahap empat dari pukul 06 waktu tempatan (22:00 GMT pada hari Ahad) kerana “risiko bencana yang akan berlaku”.

Gunung berapi itu mengeluarkan laharnya secara berterusan beserta dengan letupan, sekali-sekala yang dapat didengar 12 kilometer (7 batu) dari puncak. – MalaysiaGazette