Orang ramai menonton pelancaran ICBM oleh Korea Utara awal pagi tadi. foto Reuters

SEOUL – Korea Utara mendakwa telah berjaya membuat ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang meletak seluruh tanah Amerika Syarikat dalam sasaran.

Pyongyang juga mengisytiharkan negara itu telah mencapai matlamatnya untuk menjadi kuasa nuklear.

Ujian peluru berpandu yang diuji hari ini adalah yang pertama kali sejak pertengahan September, selepas Presiden Donald Trump meletakkan Korea Utara pada senarai negara sokongan pengganas, yang membolehkannya mengenakan lebih banyak sekatan.

Korea Utara telah menjalankan berpuluh-puluh ujian peluru berpandu balistik di bawah pemimpinnya Kim Jong Un, dalam menentang sekatan antarabangsa.

Pada bulan September, ia menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesar.

Korea Utara berkata, peluru berpandu berkuasa kuat yang baru itu boleh merentasi sejauh 4,475 kilometer (2,780 batu) lebih daripada 10 kali ketinggian stesen udara antarabangsa dan terbang sejauh 950 kilometer dalam tempoh 53 minit.

“Selepas menonton pelancaran ICBM Hwasong-15 yang berjaya , Kim Jong Un mengumumkan dengan penuh kebanggaan bahawa Korea Utara mencatatkan bersejarah besar untuk menyelesaikan kuasa nuklear, punca membina kuasa roket,” menurut kenyataan yang dibaca oleh penyampai televisyen.

Dalam kenyataan itu, Korea Utara menyifatkan negara itu sebagai “kuasa nuklear yang bertanggungjawab”, sambil mengatakan senjata strategik itu telah dibangunkan untuk mempertahankan negara daripada “dasar nuklear dan ancaman nuklear”.

Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan sepakat menyatakan peluru berpandu itu adalah seperti jenis ICBM.

Ia tidak memberi ancaman kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, kata Pentagon. – MalaysiaGazette