Home Ekonomi Harga gas asli disemak semula

Harga gas asli disemak semula

KUALA LUMPUR – Tarif purata gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia ialah RM32.52/MMBtu mulai 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan selepas mengambil kira gas asli cecair (LNG) yang semakin mahal.

Gas Malaysia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, di bawah mekanisme pelepasan kos gas, surcaj sebanyak RM1.62/MMBt akan dikenakan kepada semua kategori tarif disebabkan kenaikan harga LNG berbanding harga rujukan asas tarif sepanjang tempoh enam bulan.

“Kerajaan telah meluluskannya melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga bertarikh 28 November bagi Gas Malaysia mereka untuk menyemak tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2018,” katanya.

Purata tarif gas asli ditetapkan kepada RM30.90/MMBtu sepanjang tempoh itu, kata Gas Malaysia.

Gas Malaysia menambah, semakan tarif itu tidak memberi kesan ke atas operasi perniagaan, ia dijangka menyumbang positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Purata tarif gas asli bagi bukan tenaga di Semenanjung Malaysia adalah pada RM26.46/MMBtu mulai 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini. – MalaysiaGazette