Kebanyakan tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melepasi proses semakan dan mula dibayar balik secara berperingkat sehingga akhir tahun, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T.Subromaniam. 
Kerajaan akan menambah baik dari aspek kecekapan proses bayaran balik jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula,

KUALA LUMPUR – Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan kekal sebanyak enam peratus dan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkannya walaupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, kata Datuk Othman Aziz.

Timbalan Menteri Kewangan I itu bagaimanapun berkata, terdapat pihak tertentu yang mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kadar sedia ada dan menaikkan cukai pengguna itu namun kerajaan tidak berhasrat mengikut langkah tersebut.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU-14.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen bertanya sama ada terdapat cadangan kepada kerajaan Malaysia daripada Bank Dunia yang mencadangkan supaya menaikkan GST kepada tujuh peratus. – MalaysiaGazette