Shuib Sepahtu

KUALA LUMPUR – Salah seorang pelawak kumpulan Sepahtu, Shuib meninggalkan Sinar FM dan hari ini merupakan hari terakhirnya sebagai juruhebah di stesen radio berkenaan.

Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim,  Shuib yang juga suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu salah seorang pengemudi utama rancangan Sepahtu Sinar selain Jep dan Rahim sejak dua tahun lalu.

“Hari ini (29 November 2017) merupakan hari terakhir buat Shuib bersama Sinar FM. Setelah 2 tahun berkhidmat sebagai penyampai radio, Shuib mengambil keputusan untuk fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rasidah, pihak Sinar FM mengucapkan selamat maju jaya kepada Shuib da segala sumbangan dan pembabitan beliau selama ini dihargai.- MalaysiaGazette