Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan beliau tidak akan lari ke mana-mana dan akan menjawab perkara yang dikaitkan dengannya semasa Sidang Dewan Undangan Negeri pada Isnin ini.

“I’m not going to run…I’m here. Isu (itu) hari Isnin (sesi penggulungan Sidang DUN) baru saya akan jawab sebab ia dibangkitkan di dalam Dewan,” kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan bekas Exco negeri ini yang turut mengaitkan namanya.

Tambahnya lagi semasa ditemui di luar Sidang DUN di Kota Iskandar di sini hari ini: “……dan sebenarnya kes ada bicara dan tidak boleh cakap di luar…Tunggu Isnin,”.

Baru-baru ini sebuah laman blog memuat naik dokumen siasatan SPRM bagi kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan seorang bekas Exco negeri ini.

Dokumen itu turut disertakan jadual transaksi wang didakwa diberikan kepada Mohamed Khaled.

Pada Isnin lalu, Anggota Dewan Undangan Negeri Senai, Wong Shu Qi, diarah keluar daripada Sidang DUN selepas enggan menarik balik kenyataan berkaitan ketika membahaskan ucapan Bajet Johor 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast