Ahli Dewan Undangan Negeri Endau, Abd. Latif Bandi tiba dengan memakai t-shirt lokap Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Sesyen/Majistret Johor Bahru hari ini. - 19 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan berhubung penyebaran dokumen membabitkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan bekas Exco Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, tiga laporan diterima pada 29 November iaitu dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan satu di IPD Johor Bahru Selatan.

“Berkaitan penyebaran dokumen kes SPRM di media sosial, kita mengesahkan pada 29 November telah menerima tiga laporan polis.

“Kes ini telah diambil alih oleh Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beberapa hari lalu sebuah blog di internet memuatnaik beberapa dokumen yang dikatakan merupakan laporan bertulis rakaman percakapan seorang saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan skandal hartanah membabitkan bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast