Home Ekonomi Pulse Grande Hotel ganti Shangri-La Putrajaya

Pulse Grande Hotel ganti Shangri-La Putrajaya

KUALA LUMPUR – Mulai 1 Januari depan, Putrajaya Shangri-La akan dikenali sebagai Pulse Grande Hotel Presint 1 Putrajaya, hartanah pertama di bawah jenama Kumpulan Pulse Grande Hotel.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Badlishah Ahmad, Ketua Eksekutif Kumpulan, Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (Kumpulan Pulse).

Majlis itu disaksikan oleh Datuk Rashidi Abdullah, Ketua Setiausaha Utama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sempena meraikan pelancaran ini, Pulse Grande Hotel Presint 1 menawarkan 1,000 buah bilik Deluxe Hillview dengan harga promosi RM200.

Tawaran itu boleh dibuat mulai hari ini hingga 1 Januari depan untuk penginapan antara 1 Januari hingga 30 Jun 2018.

Tempahan hanya boleh dibuat melalui laman web www.pulsegrande.com.my menggunakan kod promosi istimewa ‘PG200’ yang perlu dimasukkan ketika membuat tempahan. – MalaysiaGazette