Pemandangan Menara Berkembar yang dicemari jerebu dengan bacaan IPU tidak sihat berikutan aktiviti pembakaran hutan secara meluas di Kalimantan, Indonesia, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Selangor mencatatkan enam kawasan IPU tahap tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196 diikuti Shah Alam (171), Banting (166), Petaling Jaya (163), Klang (160) dan Kuala Selangor (143).

Sembilan kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Kuching (191), Samarahan (183), IPD Serian (178), Sibu (160), Sarikei (159), Bintulu (155), Sri Aman (153) dan Mukah (124).

Lima kawasan di Johor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Tangkak (160), Segamat (158), Batu Pahat (155), Kluang (152), Larkin (128).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (181), Seremban (171), Port Dickson (159) sementara di Pahang hanya melibatkan Temerloh (151).

Tiga kawasan di Melaka turut mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Alor Gajah (164), Bukit Rambai (161) dan Bandaraya Melaka (152) manakala di Perak, bacaan tidak sihat direkodkan di Seri Manjung (175),Tasek Ipoh (171), Tanjung Malim (153) dan Pegoh Ipoh (152).

Selain itu, turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (166), Batu Muda, Kuala Lumpur (165), dan Putrajaya (174).

Sementara itu, sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here