Home Dunia Penerbangan ke Bali masih terhad

Penerbangan ke Bali masih terhad

Gunung Agung mula meletus pada 21 November lalu. foto Agensi

JAKARTA – Bilangan penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Bali masih lagi terhad berikutan letusan Gunung Agung di Bali.

Syarikat penerbangan Singapore Airlines dan SilkAir telah beroperasi seperti yang dijadualkan sejak lapangan terbang dibuka semula Rabu lalu.

Lapangan terbang Bali ditutup pada Isnin lepas kerana risiko debu dari gunung berap telah meletus secara berselang hari sejak 21 November lalu.

AirAsia Berhad juga mengendalikan penerbangan secara terhad dari dan ke Bali manakala KLM Royal Dutch Airlines telah menggantung semua penerbangan malam selagi Gunung Agung aktif.

Jetstar turut menggantung tujuh penerbangan keluar dari Bali semalam,

Qantas pula mengatakan telah menangguhkan beberapa penerbangan telah dibatalkan.

Semenatara itu, Bali masih kekal diletakkan dalam keadaan darurat selepas Agensi Bencana Nasional Indonesia (BNPB) masih belum menarik semula tahap amaran tertinggi yang dikeluarkan sebelum ini.

Tiada gegaran utama dikesan di gunung berapi semalam, tetapi BNPB mengekalkan zon pengecualian dengan jarak 10 kilometer kerana aliran lava dan awan berdebu.

Pegawai telah menasihatkan orang supaya tidak keluar dari zon pengecualian kerana keadaan boleh berubah pada bila-bila masa.

Gunung Agung di Bali berupaya mengeluarkan letusan besar. Kali terakhir mencatatkan letupan besar pada tahun 1963, menyebabkan 1,500 orang meninggal dunia. – MalaysiaGazette