KUALA LUMPUR – Sasaran Malaysia untuk mengurangkan defisit fiskalnya kepada 2.8 peratus pada 2018 berbanding anggaran tiga peratus pada 2017, boleh dicapai, menurut RAM Rating Services Bhd.

Dalam kenyataan, agensi penarafan itu berkata sasaran lebih rendah itu menggariskan komitmen kerajaan kepada pengukuhan fiskal jangka panjang.

Selain itu, katanya pelarasan kepada Kerangka Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) kerajaan yang menyasarkan defisit fiskal kepada purata 2.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang 2018-2020, daripada sasaran hampir seimbang menjelang 2020, adalah realistik dan menunjukkan langkah pengukuhan fiskal yang secara berperingkat.

RAM Ratings berkata perolehan fiskal dijangka naik 6.5 peratus kepada RM240 bilion pada 2018, didorong oleh tekanan negatif yang berkurangan, pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dan harga komoditi global yang pulih secara berperingkat.

“Walaupun terdapat jangkaan yang tinggi bagi penurunan fiskal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, terdapat bukti bahawa disiplin bajet kerajaan bertambah baik.- BERNAMA