Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya

KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin perlu menampilkan bukti dan membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jika tuduhannnya mengenai maksiat yang berlaku di kalangan ahli parti sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) benar.

Demikian kata Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang menyifatkan Wan Asshima membuat dakwaan berat yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap parti itu.

“Kalau dia buat tuduhan begitu, tuduhan berat sebenarnya. Sekiranya tiada bukti kukuh (perlu tunjuk bukti), kalau ada video, nama, bilik mana, gambar, saksi yang adil buatlah laporan kepada Jabatan Agama Islam

“Tidak perlulah bangkitkan, hal ini menimbulkan persepsi negatif,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Berada dalam parti hampir 10 tahun, Fathul menafikan wujudnya perkara seumpama itu dalam masa sama menegaskan pendirian peribadinya yang tidak akan berkompromi dengan perbuatan zina sama ada dalam dan luar UMNO.

“Saya dengan umno hampir 10 tahun jadi saya tidak tahu hal tersebut atau maksiat periadi itu bukan urusan kita.

“Maksiat…Memang saya tidak setuju. Saya secara peribadi tidak akan bersetuju dengan kemaksiatan yang berlaku dalam PAU atau di luar, cumanya kita jangan buat tuduhan rambang ada bukti ada ke tidak,” tambah beliau.

Fathul dalam masa sama menempelak tindakan Wan Asshima yang tidak lagi menjadi ahli namun bertindak memburuk-burukkan UMNO.

“Tindakan mengaitkan PAU dengan maksiat itu saya tidak setuju. Bila menghukum, secara adil jangan kerana tidak berada dengan parti dia bertindak begitu,” ujar beliau.

Terdahulu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang yang kini merupakan pemimpin NGO pro Pas mendakwa banyak perbatan maksiat berlaku di kalangan ahli parti sepanjang berlangsungnya PAU.

Dakwanya sepanjang 17 tahun menjadi ahli parti itu, tahu ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik hotel sepanjang perhimpunan diadakan.-MalaysaGazette