Kenyataan media Pas Melaka.

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya segala usaha ke arah penyatuan ummah diterjemahkan dengan pendekatan yang lebih tersusun, inklusif dan berorientasikan masa depan.

Ketua Penerangan Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin berkata, rakyat Melaka sedang menunggu bukan sekadar slogan penyatuan, tetapi penyatuan yang benar-benar mampu direalisasikan demi kestabilan, kesejahteraan dan masa depan Malaysia.

Menurutnya, rakyat Melaka juga mendambakan agar gagasan penyatuan ummah tidak sekadar menjadi suatu harapan, tetapi dapat direalisasikan dalam bentuk kerjasama yang tersusun, matang dan membawa manfaat kepada rakyat.

Tambahnya, dalam suasana politik yang semakin mencabar, kekuatan umat Islam untuk bersatu atas perkara-perkara asas perlu diterjemahkan melalui kebijaksanaan, sikap saling menghormati serta kesediaan untuk mencari titik persamaan.

“Lebih penting, penyatuan ummah bukanlah satu ancaman kepada masyarakat bukan Melayu, sebaliknya, ia merupakan usaha untuk memperkukuhkan kestabilan politik dan sosial negara supaya setiap rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, dapat hidup dalam suasana aman, adil dan saling menghormati,” kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, apa yang lebih menarik, gelombang penyatuan ini bukan lagi hanya bergema di peringkat kepimpinan parti politik, tetapi sudah mula mendasar hingga ke akar umbi.

Ujarnya, rakyat semakin memahami bahawa perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membina persefahaman dalam perkara-perkara yang lebih besar dan menyentuh masa depan generasi akan datang.

“Di Melaka khususnya, harapan rakyat terhadap gagasan ini sangat tinggi.

“Mereka mahu melihat penyatuan ummah diuruskan dengan penuh kebijaksanaan, keikhlasan dan kematangan, bukan sekadar untuk menghadapi pilihan raya, tetapi sebagai satu usaha membina kestabilan politik dan pentadbiran yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.

Ujarnya, Melaka mempunyai sejarah panjang sebagai negeri yang menjadi titik pertemuan pelbagai bangsa, budaya dan tamadun.

Sehubunga itu, tambahnya, Melaka juga wajar menjadi antara negeri yang menunjukkan bahawa kekuatan umat boleh dibina tanpa mengorbankan keharmonian masyarakat majmuk.

“Rakyat tidak mahu lagi melihat tenaga dan kekuatan umat terus berpecah kerana perbezaan yang boleh dirunding, mereka mahu pemimpin melihat perrsamaan yang lebih besar daripada perbezaan yang ada,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here