Home Dunia AS kuatkuasa larangan perjalanan enam negara

AS kuatkuasa larangan perjalanan enam negara

WASHINGTON – Mahkamah Agung Amerika Syarikat membenarkan Presiden Donald Trump melaksanakan larangan perjalanan kepada rakyat di enam buah negara Islam berkuatkuasa sepenuhnya, meskipun mendapat bantahan daripada mahkamah rendah.

Keputusan itu bermakna larangan perjalanan bagi rakyat Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman diluluskan.

Sebelum ini, Trump mempertahankan bahawa tindakan larangan perjalanan itu bagi melindungi Amerika Syarikat daripada pengganas.

Dalam satu kenyataan, Peguam Negara Jeff Sessions menyifatkan keputusan Mahkamah Agung “kemenangan yang besar untuk keselamatan dan keamanan rakyat Amerika.”

Trump juga mengenakan larangan sama kepada rakyat Korea Utara dan beberapa pegawai kerajaan dari Venuzuela. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast