.S. Subramaniam

KUALA LUMPUR – MIC bersedia berunding dengan mana-mana parti, termasuk Makkal Sakthi, bagi menarik sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima pelawaan Presiden parti mesra BN itu, Datuk Seri R.S. Thanenthiran pada Ahad lalu untuk bekerjasama dalam mendapat sokongan masyarakat India.

“Kita sangat komited dalam memastikan BN menang dengan sokongan majoriti kaum India dalam PRU14,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah beliau, walaupun MIC membuka pintu rundingan untuk Makkal Sakthi seperti yang diharapkan parti itu, namun soal rundingan kerusi tidak wujud sama sekali.

Thanenthiran sebelum ini melahirka hasrat untuk parti itu bertanding di dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN.

Beliau yakin, bahawa sokongan masyarakat India terhadap parti tersebut dan BN berada pada tahap yang tinggi. – MalaysiaGazette