Doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar (kiri) ketika dibaca pertuduhan yang diajukan di Mahkamah Pengadilan Circuit County di Lansing, Michigan pada 22 November 2017. - Foto AFP

LOS ANGELES- Bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun atas kesalahan pornografi kanak-kanak.

Nassar mungkin terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara sebaik menjalani hukuman berkenaan pada Januari 2018 sebelum ini juga berhadapan dengan tuduhan melakukan serangan seksual ke atas lebih 100 gadis.

Dia didakwa mencabul atlet perempuan sepanjang tiga dekad berkhidmat sebagai doktor pasukan gimnastik berkenaan.

Antara mangsa Nassar adalah bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, McKayla Maroney, Aly Raisman dan Gabby Douglas.

Kes Nassar  merupakan sebahagian daripada skandal yang memaksa ketua pasukan gimnastik AS, Steve Penny meletakkan jawatan pada Mac lalu selepas didakwa gagal bertindak segera dan melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Susulan kes itu, pasukan gimnastik AS kini mengamalkan dasar ‘keselamatan sukan’ yang mewajibkan laporan mandatori dibuat setiap kali penderaan seksual disyaki berlaku. -MalaysiaGazette