Datuk Mohd. Yusof Ismail

KUALA LUMPUR – Sifat sombong dan bongkak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadikan modal para perwakilan berbahas  sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) hari ini.

Ini kerana menurut Timbalan Ketua UMNO Alor Setar, Datuk Yusof Ismail, sifat angkuh Guan Eng yang enggan menerima Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib membuktikan beliau tidak mementingkan kepentingan rakyat.

“Betapa sombongnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Perdana Menteri sudah beri kelulusan tapi dia tolak, sombong betul.

“Kalau Pulau Pinang tidak mahu, sila bawa ke Kedah, kami sudi terima peruntukan itu, saya yakin Lapangan Terbang Kulim boleh jadi kenyataan,” katanya ketika membentangkan usul ekonomi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra  hari ini.

Justeru itu kata Yusof, kerajaan negeri Kedah sedia untuk menerima peruntukan itu bagi membina Lapangan Terbang Kulim yang pernah direncanakan di negeri itu sebelum ini.

“Kalau Pulau Pinang tidak mahu, sila bawa ke Kedah, kami sudi terima peruntukan itu, saya yakin Lapangan Terbang Kulim boleh jadi kenyataan,” katanya lagi.

Pada pembentangan Bajet 2018 lalu, Najib memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Sebelum ini, Guan Eng menggesa agar kerajaan menaiktaraf lapangan itu memandangkan kadar ketibaan pelancong meningkat sebanyak 26 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. – MalaysiaGazette.