JAKARTA – Separuh daripada kes keganasan di Sumatra Utara pada tahun ini membabitkan anggota polis dan tentera, menurut Suruhanjaya Kehilangan Orang dan Mangsa Keganasan (Kontras).

Suruhanjaya tersebut merekodkan 118 kes keganasan sehingga Disember, yang mana 59 kes didakwa dilakukan oleh anggota polis dan tentera, lapor The Jakarta Post.

“Melindungi hak asasi manusia di Sumatra Utara kekal merupakan cabaran pada hari ini,” kata jurucakap Kontras, Amin Multazam seperti yang dipetik tribunnews.com.

Suruhanjaya tersebut berkata, pegawai polis terlibat dalam 39 kes manakala bakinya dilakukan oleh Tentera Nasional Indonesia. Anggota polis perbandaran (dikenali Satpol PP) juga terlibat dalam 10 kes keganasan pada tahun ini.

Pada Ogos lalu, seprang pegawai tentera yang dikenali Fadli didakwa membelasah seorang banduan sehingga mati selepas bertengkar. Mangsa, Rifzal Riandi Siregar, mengalami luka dan lebam namun menurut Kontras, polis mendakwa dia mengalami kemurungan dan membunuh diri.

Seramai 15 orang terbunuh dan 94 orang cedera dalam 118 kes keganasan sejak 2017, menurut Kontras. – Agensi