Home Nasional Angin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis

Angin kencang dan laut bergelora sehingga Khamis

KUALA LUMPUR – Keadaan angin kencang Timur Laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak yang mampu mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore Reef North dan Layang-Layang sehingga Khamis ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, kata Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam masa yang sama turut memberi amaran angin kencang dan laut bergelora pada kategori pertama akan berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, timur laut Tioman, utara Bunguran, utara Reef South, Labuan & Palawan juga sehingga Khamis.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast