Home Ekonomi Harga minyak mentah naik hari ini

Harga minyak mentah naik hari ini

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini selepas data industri menunjukkan penurunan stok minyak mentah yang lebih besar daripada jangkaan.

Minyak mentah Brent naik 0.8 peratus kepada AS$63.84 setong, turun 2.1 peratus atau
AS$1.35 kepada AS$63.34 selepas pengambilan untung apabila berjaya mencecah paras AS$65 setong, kali pertama sejak pertengahan 2015.

Minyak West Texas Intermediate pula naik sebanyak AS$0.36 kepada AS$57.70 setong.

Institut Petroleum Amerika berkata, minyak mentah Amerika Syarikat susut sebanyak 7.4 juta tong minggu lalu – penurunan dua kali ganda berbanding jangkaan penganalisis sebanyak 3.8 juta tong.

Pentadbir Maklumat Tenaga Amerika Syarikat dalam tinjauan tenaga jangka pendek mengunjurkan pengeluaran minyak mentahnya akan meningkat sebanyak 780,000 tong sehari kepada 10.02 juta tong pada tahun depan. – MalaysiaGazette