Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim berpuas hati dengan siasatan polis dalam sesi memberi keterangan di Bukit Aman pagi ini, berhubung tweetnya yang dikatakan mempersoalkan titah Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bercakap kepada pemberita di pekarangan Balai Polis Bukit Aman selepas selesai memberi keterangan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjelaskan, beliau kini menunggu keputusan selanjutnya.

“Siasatan ini berdasarkan kepada tweet saya. Itu (status tweet) pandangan peribadi saya. Saya sebagai (bekas) Menteri Undang-Undang dulu merasakan mesti faham bahawa keamanan negara ini memerlukan tindakan bijak dari semua pihak.

“Kita semua perlu berhati-hati bila kita menggunakan laman sosial. Apapun, saya puas hati dengan siasatan polis… saya tunggulah keputusan mereka,” katanya yang diiringi peguam serta beberapa Ahli Parlimen dari DAP iaitu Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Sebelum ini, Zaid telah mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Selangor sehingga mencetuskan kemarahan rakyat dan mendiring beberapa pemimpin UMNO negeri itu menganjurkan perhimpunan mengutuk beliau, termasuk membakar gambarnya sebagai tanda marah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast