Home Ekonomi Wanita Vietnam paling ramai teraju syarikat

Wanita Vietnam paling ramai teraju syarikat

HANOI – Vietnam merekodkan golongan wanita paling ramai sebagai lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif (CEO) berbanding Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kira-kira 25 peratus CEO atau pengarah lembaga di Vietnam adalah wanita, menurut data bulan September dari Boston Consulting Group.

Golongan wanita memegang 14 peratus daripada CEO atau peringkat lembaga di Malaysia dan 10 peratus di Singapura. Indonesia 6 peratus.

“Wanita di Vietnam memimpin atau memiliki banyak perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat besar yang menyediakan dorongan dan model kepada wanita lain,” kata Ian Grundy dari firma Adecco Group AG yang merupakan pembekal pekerja sementara terbesar di dunia.

Lebih ramai wanita di Vietnam berbanding Singapura dan Malaysia juga berharap dapat dinaikkan pangkat, menurut laporan BCG berdasarkan kaji selidik terhadap lebih daripada 2,000 pekerja.

Malaysia mempunyai bahagian terbesar responden wanita yang berhasrat untuk kekal dalam peranan mereka sekarang.

Kepercayaan yang menghalang kepelbagaian jantina termasuk salah faham menaikkan wanita akan menimbulkan kos meritokrasi dan berikutan itu pertumbuhan dan transformasi syarikat adalah keutamaan yang lebih mendesak, kata laporan itu.

Menurut satu lagi kajian oleh Deloitte pada bulan Jun tahun ini, sebanyak 17.6 peratus ahli lembaga dalam kaji selidik melibatkan 50 syarikat di Vietnam adalah wanita.

Ia adalah lebih dari dua kali ganda di Asia sebanyak 7.8 peratus berbanding negara-negara maju seperti Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

Golongan wanita pula terdiri daripada 13.7 peratus dan 10.7 peratus dalam ahli lembaga pengarah di Malaysia dan Singapura.

Negara-negara yang baru muncul mengatasi negara-negara maju di Asia dalam pelantikan wanita ke dalam lembaga pengarah syrikat, kata Adecco’s Grundy.

Kemajuan Vietnam dalam kepelbagaian gender sebahagiannya disokong oleh langkah-langkah kerajaan dan perniagaan untuk mengekalkan dan mengembangkan bakat wanita, katanya. – MalaysiaGazette