Home Nasional Kereta rempuh kedai stesen minyak

Kereta rempuh kedai stesen minyak

JOHOR BAHRU – Seorang remaja dilaporkan merempuh premis kedai sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Pelangi Indah, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, kerani berusia 19 tahun itu dipercayai tertekan pedal minyak sebelum terbabas selepas selesai mengisi minyak di stesen berkenaan.

Kereta itu berhenti sebaik sahaja sahaja melanggar rak barangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pemandu itu mengalami luka kecil di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast