JAKARTA – Gempa bumi kuat menggegarkan Pulau Jawa lewat malam semalam mengakibatkan dua orang terbunuh dan berpuluh-puluh kediaman yang berada berhampiran pusat gempa itu musnah.

Kajadian pada pukul 11.47 malam itu dirasai di seluruh pulau itu, termasuk ibu negara, Jakarta, yang terletak kira-kira 200 kilometer yang mana menara pejabat dan apartmen bergoyang.

Gempa bumi yang kuat itu berakhir dalam tempoh 30 saat, lapor AP.

Seorang lelaki berusia 62 tahun dan wanita berumur 80 tahun terbunuh akibat bangunan runtuh, kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Kerosakan teruk berlaku di pusat gempa bumi yang terletak di wilayah Tasikmalaya, Pangandaran dan Ciamis di Jawa Barat.

Lebih 40 buah rumah runtuh dan kira-kira 65 kediaman mengalami kerosakan teruk, kata Nugroho.

Gempa bumi itu berukuran 6.5 skala Richter pada kedalaman 91 kilometer di dasar bumi, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat. – Agensi