Para peniaga di New York Exchange, Foto Fox

NEW YORK- Bursa saham Amerika bersedia menghadapi pasaran tawaran awam permulaan (IPO) besar pada 2018 dengan penyenaraian beberapa syarikat bernilai billion dolar termasuk Airbnb dan Spotify.

S&P 500, Dow Jones Industrial Average dan Nasdaq kesemuanya telah bersedia untuk memulakan tahun dengan keuntungan terbesar sejak 2013.

Rali ini sebenarnya meneruskan trend pemulihan pada separuh kedua 2017.

“Dengan pasaran berada pada penilaian tertinggi setakat ini, ia memberikan sokongan yang kuat kepada IPO.

“Kadar faedah masih berada di paras terendah dan syarikat dijangka mengambil kesempatan ini,” kata Presiden Bursa Saham Nasdaq, Nelson Griggs.