TACLOBAN – Sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman apabila Ribut Tropika Kai-Tak melanda timur Filipina.
Mangsa pertama seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang di lemas di bandar Mahaplag di Pulau Leyte manakala kedua  wanita  tertimbus ketika kejadian tanah runtuh dan seorang lagi mangsa jatuh di dalam saluran utama banjir di bandar Ormoc.
Pihak berkuasa berkata, ribut itu turut mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan bekalan elektrik terputus.
Dalam pada itu Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan, ribut Kai-Tak membawa angin sekuat 110 kilometer sejam melanda pulau Samar yang ketiga terbesar di negara tersebut.
Trak tentera dikerah untuk membantu penduduk yang terkandas di Pulau Samar dan Leyte. Setakat ini lebih 77,000 orang sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara. -MalaysiaGazzete