Home Dunia Fatah bantah lawatan Naib Presiden AS

Fatah bantah lawatan Naib Presiden AS

RAMALLAH – Parti Fatah semalam menyeru demonstrasi besar-besaran diadakan minggu depan bagi membantah lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence ke Baitulmaqdis.

Tindakan parti pimpinan Presiden Mahmud Abbas merupakan susulan pengiktirafan Bitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang dibuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ianya mencetuskan kutukan di peringkat global dan menyebabkan bantahan di seluruh negara Islam dan Arab, selain pertempuran di wilayah diceroboh di antara Palestin dan tentera Israel.

Dalam masa sama Abbas membatalkan pertemuan dengan Pence, yang akan tiba di Baitulmaqdis Rabu ini dan memberi amaran Washington tidak lagi mecampuri proses damai di antara Israel dengan Palestin.

“Kami menyeru bantahan di pintu masuk ke Baitulmaqdis dan di Kota Lama sempena lawatan Mike Pence, Rabu ini dan membantah keputusan Trump,” kata Fatah dalam kenyataan.

Desakan mengadakan bantahan dibuat ketika ribuan penduduk Palestin menghadiri majlis pengebumian empat warganya yang dibunuh tentera Israel kelmarin ketika demonstrasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast