
KUALA LUMPUR – Indonesia berjaya menahan semula warga Amerika Syarikat yang meloloskan diri dari Penjara Kerobokan di Bali minggu lalu.
Christian Beasley itu sedang menghadapi pertuduhan atas kesalahan dadah itu ditahan di Lombok.
Beasley, 32 tahun melarikan dengan dengan memanjat tembok penjara bersama-sama rakan tetapi mereka berjaya ditahan..
Indonesia mempunyai undang-undang anti-dadah yang sangat ketat dan sering menangkap warga asing atas tuduhan berkaitan dadah. Hukuman maksimum bagi pengedaran dadah di negara ity adalah kematian.
“Lelaki itu ditahan di sebuah inap desa di Pantai Sengigi dekat Lombok. Dia kini sedang disiasat,” ujar ketua penjara itu, Tonny Nainggolan.
Sebelum melarikan diri, Beasley sedang menunggu hukuman selepas menerima bungkusan yang mengandungi 5 gram dadah. – MalaysiaGazette















