KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada Oktober 2017 adalah 15.09 juta atau 68 peratus, naik 0.1 mata peratus berbanding 15.06 juta pada bulan sebelumnya.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Oktober 2017 naik 0.4 mata peratus, menurut Jabatan Perangkaan.

Bagi tiga bulan berturut-turut, kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus.

Manakala perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran turun 0.1 mata peratus berbanding Oktober 2016.

Berdasarkan pelarasan musim bulan ke bulan, kadar pengangguran pada Oktober 2017 tidak berubah pada 3.5 peratus.

Menurutnya, seramai 7.12 juta atau 32 peratus daripada penduduk umur bekerja 15 hingga 64 tahun berada di luar tenaga buruh pada September lalu sebagai suri rumah, pelajar, pesara, hilang upaya dan tidak minat untuk bekerja. – MalaysiaGazette