SINGAPURA – Lebih 20 orang cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berhampiran Checkpoint Woodlands pagi tadi.

Kejadian melibatkan dua buah treler, sebuah bas dan sebuah kereta di 21 Woodlands Crossing sekitar jam 6.15 pagi tadi, demikian menurut polis kepada The Straits Times.

Difahamkan, treler-treler serta kereta tersebut sedang berhenti apabila sebuah  bas menghampiri barisan kenderaan berkenaan.

Pemandu bas tidak sempat memberhentikan kenderaannya dan melanggar belakang trailer yang merupakan kenderaan ketiga dalam barisan tersebut.

Impak hentaman tersebut menyebabkan kereta yang berada di antara dua trailer berkenaan terhimpit manakala cermin bas pecah.

Pemandu bas dan 25 penumpangnya dibawa ke hospital.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast