Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak setakat 8 pagi ini, kini 126 orang melibatkan dua daerah.-Gambar hiasan

MIRI – Dua buah pusat pemindahan banjir dibuka di Limbang, Sarawak, menempatkan 161 orang mangsa daripada 47 keluarga setakat pukul pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kedua-dua pusat pemindahan yang dibuka ialah Dewan Masyarakat Trusan dan Dewan Masyarakat Medamit yang dibuka malam tadi.

“Dewan Masyarakat Trusan menempatkan 68 mangsa daripada14 keluarga dan Dewan Masyarakat Medamit mempunyai 93 mangsa daripada 33 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, tiga buah sekolah rendah di Limbang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, SK Nanga Merit dan SK RC Kubong ditutup kerana banjir. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast