Pesawat F-35

SEOUL – Korea Selatan merancang melakukan pembelian tambahan 20 buah pesawat pejuang stealth, F-35, daripada Amerika Syarikat (AS), lapur sebuah akhbar Korea Selatan, kurang dua bulan selepas Presiden Donald Trump mengumumkan Seoul akan membelanjakan berbilion dolar dalam pembelian peralatan ketenteraan baharu.

Pentadbiran Program Pemilikan Pertahanan Korea Selatan telah mewujudkan proses pemerolehan 20 pesawat tambahan itu, lapor akhbar Joongang Ilbo yang memetik pelbagai sumber kerajaan.

Pada 2014, Korea Selatan secara rasmi mengumumkan rancangan pembelian 40 buah pesawat F-35A daripada kontraktor pertahanan AS, Lockheed Martin. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast