Trump bercakap pada sidang media di White House semalam. Foto: Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut akan memotong bantuan kepada mana-mana negara yang mengundi menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Resolusi tersebut mengutuk keputusan AS mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bercakap di White House awal hari ini (semalam), Trump berkata, AS akan memerhati siapa yang mengundi pada Perhimpunan Agung PBB itu.

“Mereka mengambil berjuta-juta dolar, malah, berbilion dolar dan kemudian mereka mengundi menentang kita.

“Kita akan memerhati siapa yang mengundi. Biar mereka mengundi menentang kita. Banyak yang kita jimat. Kita tidak peduli,” katanya lapor agensi berita antarabangsa The Guardian.

PBB akan mengadakan perhimpunan agung tergempar petang ini bagi mengundi keputusan kontroversi AS.

Turki dan Yaman meminta PBB mengadakan perhimpunan tergempar selepas AS menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi dikemukakan Mesir dalam mesyuarat Majlis Keselamatan.

Usul mengutuk keputusan AS itu dijangka diluluskan dengan mudah oleh 193 anggota PBB.

Kenyataan Trump dibuat selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley menghantar surat ugutan kepada anggota PBB menggesa mereka mengundi menentang usul itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast