Home Utama Lebih 120 negara tolak AS iktiraf Baitulmaqdis

Lebih 120 negara tolak AS iktiraf Baitulmaqdis

NEW YORK – Lebih daripada 120 buah negara mengundi memihak kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekaligus menentang Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Berikutan itu Trump pula mengancam untuk memotong bantuan kewangan kepada negara-negara yang mengundi.

Seramai 128 negara menyokong resolusi PBB yang tidak mengikat, sembilan menentang dan 35 berkecuali.

Dua puluh satu negara tidak mengundi.

Ancaman Trump kelihatan mempunyai kesan, dengan lebih banyak negara berkecuali dan menolak resolusi yang berkaitan dengan Palestin berbanding kebiasaannya.

Walau bagaimanapun, Washington mendapati dirinya terpencil kerana kebanyakan sekutu Barat dan Arab Saudi mengundi mematuhi resolusi PBB.

Antara sekutunya – Mesir, Jordan dan Iraq, yang juga menjadi penerima utama bantuan Amerika Syarikat dari aspek tentera atau ekonomi meskipun ancaman itu tidak membabitkan mana-mana negara.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan keputusan itu satu kemenangan kepada Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menolak undi tersebut.

Awal bulan ini, Trump membuat kejutan polisi Amerika Syarikat apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel – yang menjadi tempat suci kepada Islam, Kristian dan Yahudi.

Malah, Amerika Syarikat mahu membina kedutaannya di sana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast