Fuzi
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis menahan seramai 20 individu menerusi beberapa operasi di seluruh negara dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua individu terbabit diberkas menerusi operasi yang dijalankan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Katanya, daripada jumlah itu seramai tujuh individu merupakan warganegara Malaysia, (7) Filipina, (5) Indonesia dan seorang lagi dari Utara Afrika.

“Kesemua suspek ditangkap kerana disayki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya dalam kenyataan hari ini.-MalaysiaGazette