Foto Instragram Waris.

KUALA LUMPUR –Penyanyi Waris membuat laporan polis terhadap individu yang menggodam laman sosial, Facebooknya dan meninggalkan komen berbaur fitnah baru-baru ini.

Menerusi laman sosial, Instagramnya memuat naik gambar bersama laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan semalam.

“Saya dah buat repot polis berkaitan fitnah di media sosial, apa-apa tindakan biarlah pihak berkuasa buat siasatan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam laman sosial itu.

Sebelum ini, Waris dikritik netizen apabila didakwa meninggalkan komen kecaman terhadap peminat muzik tanah air yang dilihat lebih menyokong bakat-bakat baharu seperti Aiman Tino.

Bagaimana pun, Waris telah memuat naik gambar menafikan perkara tersebut dan mengesyaki itu adalah perbuatan fitnah serta khianat daripada individu tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette