Home Dunia Bakar wanita selepas lamaran ditolak

Bakar wanita selepas lamaran ditolak

HYDERABAD – Polis menahan seorang lelaki yang bertindak membakar seorang wanita sehingga mati selepas bertengkar.

Kejadian itu berlaku semasa Sandhya Rani, 22 merupakan seorang penyambut tetamu diserang ketika dalam perjalanan pulang pada Khamis lalu.

Karthik Vanga, 28, yang juga merupakan rakan Rani dipercayai menyimbah minyak kerosin lalu menghidupkan api.

Orang ramai yang melihat tubuh Rani terbakar bergegas membantu tetapi mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Polis berkata, pertengkaran itu berpunca apabila Vanga tidak berpuas hati setelah lamarannya kepada Rani sejak dua tahun lalu telah ditolak oleh wanita berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast