Home Nasional Harga ikan segar di MAEPS lebih rendah

Harga ikan segar di MAEPS lebih rendah

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan) melihat jenis ikan yang dijual pada program Jualan Ikan Segar di laman perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2017.

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Jualan Ikan Hidup Gred Premium Harga Ladang yang akan berlangsung setiap bulan pada minggu pertama.

Jualan julung-julung kali oleh Jabatan Pertanian itu yang berlangsung di Laman Perikanan, Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, inisiatif kerajaan ini bertujuan untuk membantu rakyat mengimbangi perbelanjaan harian dengan jualan harga ikan segar yang lebih murah daripada harga pasaran biasa.

Contohnya, ikan kembung di jual RM19 berbanding lebih RM20, di pasaran luar, katanya.

“Ini merupakan inisiatif kita untuk mengurangkan kos sara hidup. Program yang sama ini akan diadakan pada setiap bulan pada minggu pertama, di sini. Jadi datang beramai-ramai untuk mendapatkan ikan dengan harga yang berpatutan,” katanya yang hadir sempena promosi jualan itu.

Jualan ikan hidup gred premium harga ladang bermula seawal 8 pagi sehingga 1 petang dan antara ikan yang dijual adalah ikan kembung dan talapia. – MalaysiaGazette