Home Dunia Lagi sekatan baru terhadap Pyongyang

Lagi sekatan baru terhadap Pyongyang

Imej pelancaran peluru berpandu Hwasong-15 yang dilancarkan Korea Utara pada 29 November lalu. foto Agensi.

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara secara bulat menguatkuasakan sekatan baru ke atas Korea Utara berikutan ujian peluru berpandu balistik antara benua siri terbaru.

Resolusi itu bertujuan mengharamkan hampir 90 peratus eksport produk petroleum ditapis ke Korea Utara dengan meletakkan had sebanyak 500,000 tong setahun.

Selain itu menuntut penghantaran pulang warga Korea Utara tang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan dan bukan 12 bulan seperti yang dicadangkan.

Resolusi yang digubal Amerika Syarikat itu juga akan membekalkan bekalan minyak mentah kepada Korea Utara pada empat juta tong setahun.

Amerika Syarikat menyeru China untuk menghadkan bekalan minyaknya kepada sekutunya itu.

Resolusi itu diluluskan dengan 15 undi, menurut Duta Jepun ke PBB yang turut dilantik sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB bulan ini.

Pada 29 November lalu, Korea Utara telah berjaya melancarkan peluru berpandu antara benua yang boleh mencecah tanah Amerika Syarikat.

“Ia (resolusi) menghantar mesej yang jelas kepada Pyongyang bahawa penentangan selanjutnya akan menyebabkan lebih banyak hukuman dan pengasingan,” kata Nikki Haley, Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketegangan telah meningkat ke atas program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, yang mana ia bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB. – MalaysiaGazette