Home Dunia Pereka animasi Bugs Bunny meninggal dunia

Pereka animasi Bugs Bunny meninggal dunia

Bob Givens

CALIFORNIA – Bob Givens yang terkenal membuat rekaan  semula watak Bugs Bunny meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Selama lebih 60 tahun mengabdikan dirinya dalam kerjaya itu, Givens pernah bekerja sebagai juruanimasi dengan syarikat-syarikat terkenal seperti Disney, Warner Bros dan Hanna-Barbera.

Beliau juga melukis karekter karton seperti Tom & Jerry, Daffy Duck, Alvin dan the Chipmunks serta Popeye.

Anak perempuannya, Mariana Givens mengesahakan kematian bapanya.

Given telah diberi peranan pertama pada tahun 1937 ketika bekerja di Disney untuk karton Donald Duck dan Snow White.

Beliau kemudian menyertai Warner Bros pada tahun 1940, di mana beliau menjadi terkenal kerana watak Bugs Bunny.

Lukisan sebelum ini dikatakan “terlalu comel” untuk kartun yang ingin dihasilkan oleh syarikat itu.

Given kemudian melakukan reka bentuk semula watak utama untuk francais Looney Tunes, menjadikannya nama terkenal dalam industri.

Beliau pernah berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua, sebelum kembali ke industri animasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast