Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

KUALA LUMPUR – Menafikan kenyataan disalah tafsir tidak cukup, kata Lim Guan Eng yang mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menyaman akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times (NST).

Lim Guan Eng

NST sebelum ini menerbitkan sebuah artikel yang memetik Hadi mengatakan Kabinet Malaysia patut terdiri daripada orang Melayu sahaja kerana kaum itu adalah kaum majoriti.

“Saya harap beliau akan saman NST jika apa yang dilaporkan itu tidak benar,” Guan Eng dipetik berkata hari ini.

Guan Eng mengulas kenyataan Hadi yang disiarkan dalam Harakah yang kemudiaannya diolah semula menjadi artikel berita dalam NST.

Dalam artikelnya di akhbar Pas itu, Hadi antaranya menulis: “Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang berakidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh,”.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan mendakwa kenyataan Hadi dilaporkan secara salah oleh beberapa agensi berita.

Katanya, tiada satu ayat dan huraian pun yang menyatakan semua anggota Kabinet mestilah terdiri daripada orang Melayu-Muslim. – MalaysiaGazette