KABUL – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan pengganas di Kabul, Afghanistan, lapor agensi berita Pajhwok yang memetik timbalan jurucakap Kementerian Luar.

Letupan berlaku pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan ketika pengebom berani mati menyasarkan pusat kebudayaan Tebyan, yang juga menempatkan agensi berita AVA, lapor RT.

Terdapat sehingga tiga orang penyerang, menurut rangkaian televisyen Tolo yang memetik para pegawai berkata.

Bilangan mereka yang mati, kebanyakannya orang awam, diumumkan timbalan jurucakap Kementerian Luar, Nasrat Rahimi.

Tolo yang memetik pegawai kesihatan melaporkan seramai 40 orang terkorban dan mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini tiada pihak yang megaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut, Taliban juga maenafikan sebarang penglibatan. – Agensi