BAITULMAQDIS – Parlimen Israel meluluskan satu undang-undang yang mengehadkan keupayaan polis dalam membuat dakwaan.

Ia dibuat susulan kritikan yang dibuat terhadap pembuat dasar yang kononnya mahu melindungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Mengikut undang-undang berkenaan, polis tidak lagi boleh mencadangkan kepada peguam negara sama ada untuk mendakwa suspek atau tidak, pada akhir satu siasatan.

Peguam negara hanya boleh mendapatkan maklumat siasatan daripada polis.

Netanyahu, 68, menggesa perubahan dalam perundangan itu awal bulan ini selepas pembangkang berkata, ia diwujudkan untuk membantunya terlepas daripada siasatan rasuah yang membabitkannya. -MalaysiaGazette