Ahmad Zahid Hamidi

TEBEDU – Malaysia akan memohon lelaki yang ditahan disyaki menyeludup senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, diesktradisi ke negara ini supaya siasatan dari aspek perundangan dan keselamatan dapat dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat kerjasama Interpol untuk memperoleh maklumat terperinci tentang penahanan warga Malaysia dari Sarawak itu.

“Dengan adanya kerjasama Malaysia dan Pakistan, seterusnya pendakwaan akan dapat ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu di sini hari ini.

Lelaki itu dilaporkan ditahan pada Jumaat lalu, di lapangan terbang berkenaan, bersama empat pucuk pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyikan di dalam bagasi serta tapak kasutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast