SANTAI. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunggang motosikal ketika bersolat Jumaat di Masjid baharu Ass-Saadah di Kampung Sungai Dulang Dalam di Sungai Sumun di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pembinaan Masjid baharu Ass-Saadah di Kampung Sungai Dulang Dalam di Sungai Sumun di sini.

Tanpa menyatakan jumlah peruntukan untuk pembinaan masjid itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pembinaan masjid baharu itu perlu memandangkan ruang yang ada sekarang agak sempit.

“Saya luluskan peruntukan masjid baharu dengan syarat supaya jemaah di kampung ini datang solat pada waktunya. Penuhnya (masjid) dengan mengimarahkannya,” katanya dalam ucapan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 100 jemaah di sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1 tengah hari turut beramah mesra dengan para kariah dan penduduk sekitar.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa meninjau persiapan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam selama 10 minit.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast