Zara Zya

KUALA LUMPUR – Laman Instagram Zara Zya ‘diserang’ peminat-peminat artis Korea Selatan selepas aktres itu bertanya secara terbuka berkaitan keistimewaan artis K-Pop.

Pertanyaan yang diajukan Zara, 32, beberapa hari lalu itu telah menerima cacian dan komen negatif netizen yang berasa kurang senang.

“Soalan saya apa istimewanya K-Pop? jawapan yang saya dapat adalah caci maki dan sumpah seranah.

“Tak sangka sensitif sangat. Kenapa sensitif sangat sehingga ada yang melibatkan agama?” tulisnya  semalam.

Foto Instagram Zara Zya.

Selasa lalu, status pertanyaan yang dimuat naik Zara menerima lebih seribu komen yang rata-rata menganggap pelakon berkenaan cuba menghina artis kesayangan mereka.

Dalam pada itu, Zara bertanya secara umum kerana ingin mengetahui punca artis dan drama dari Korea Selatan mendapat perhatian ramai terutama golongan remaja.

“Saya bertanya kerana saya tidak faham” ujarnya. – MalaysiaGazette