HONG KONG- China Aircraft Leasing Group Holdings Ltd. bersetuju untuk membeli 50 pesawat satu lorong Airbus SE pada harga AS$5.42 bilion bagi membantu memenuhi permintaan pasaran penerbangan yang dijangka mengatasi pasaran Amerika Syarikat.

Urusniaga bagi pesawat A320neo dilakukan menerusi pindaan perjanjian pembelian 2014 dan pembuat pesawat Eropah itu menjanjikan ‘harga konsesi yang signifikan’, kata syarikat pajakan yang berpangkalan di Hong Kong itu dalam kenyataan di bursa baru-baru ini.

Penghantaran akan dilakukan secara berperingkat pada 2023 sambil menyatakan antara pelanggan mereka adalah Air China Ltd. dan ANA Holdings Inc.

China Aircraft Leasing sedang menambah pesawat bagi menyaingi pesaing-pesaingnya yang kini sedang bersedia menjadikan China sebagai pasaran perjalanan udara terbesar menjelang 2022.

Ini berdasarkan ramalan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Boeing Co. pula menjangkakan China memerlukan 7,240 pesawat baharu yang bernilai AS$1.1 trilion dalam tempoh dua dekad sehingga 2036 dengan pesawat badan lebar merangkumi tiga suku daripada jumlah tersebut.

Dengan perjanjian terkini itu, jumlah tempahan keseluruhan China Aircraft Leasing akan meningkat kepada 252 pesawat- 202 daripada Airbus manakala baki 50 lagi daripada Boeing.

Setakat ini, syarikat tersebut memiliki 107 pesawat.-MalaysiaGazette